Wifi Interference
Jika anda berada di sesuatu kawasan perumahan yang padat seperti Flat, Apartment mahupun kondo signal Wifi juga akan berlaku gangguan / inteferense kerana frekuensi yang sama dan bertindih.
Ini akan menyebabkan komunikasi perkakasan wifi anda sering kali terputus. Bagi pengguna yang memiliki broadband sendiri dan mempunyai pemancar Wifi seperi P1 dan Yes anda dinasihatkan tidak memancarkan signal wifi anda kerana ini akan menggangu frekunsi Wifi yang disediakan oleh universiti.

Dari contoh gambar, pengguna bewarna biru akan terganggu kerana signal wifi yang dipancarkan walau pada nama Wifi yang berbeza, ini adalah kerana frekuensi Mhz nya adalah sama. Sebagai contoh yang mudah seperti stesen radio yang berhampiran frekuensinya maka anda akan sering terdengar bunyi2 dari stesen radio lain jika terlalu rapat.
Sebenarnya untuk lebih mendalami teknologi wifi ini, terdapat beberapa chanel pilihan. Namun untuk memudahkan kerja dan tidak memeningkan kepala anda di sini, sebaiknya signal wifi bukan rasmi di tutup terus tanpa memancarkan apa-apa signal.

Sesetengah modem wifi boleh diubah kekuatan signal frekuensinya dalam jarak 1m hingga 100m.
Langkah yang terbaik adalah mematikan signal wifi pada broadband modem anda. dan membeli hub murah untuk sambungan terus kabel antara perkakasan rangkaian lain seperti notebook, printer dan lain-lain untuk rangkaian mini anda.
Broadband Modem

Hub

